South Korea

Seoul (Day 6)

Finally, ini last post untuk Seoul. Kiranya, memang all out la menghayati Seoul habis-habisan Day 6 ni. Sebabnya esok tu pagi buta dah nak ke airport. Sobs, masa ni hati dah start berkaca.

So pagi tu first destination kami adalah ke Bukchon Hanok Village. Ini adalah kawasan perumahan yang masih mengekalkan seni bina asal Korea. Sebelum start, make sure singgah dulu Tourist booth untuk dapatkan map Bukhon Hanok Village ni sebab ada beberapa spots yang view dia memang lawa.

 p9680393

p9680384

p9680382

Paling excited, bila aku jumpa rumah Park Gae In dalam cerita Personal Taste tu. Tapi dapat ambil gambar dari luar je la, tak boleh masuk. Maybe rumah orang betul kot. Tapi ada satu rumah ni kitorang boleh masuk dalam dia. Ok la tu kira achievement unlocked jugak hiks.

Next destination, kami terus ke Dongdaemun. Sebab apa? Nak makan ikan bakar! Ok, among of all the foods yang kitorang try dekat Korea, yang ni paling kena dengan jiwa dan tekak aku. Walaupun ikan bakar tu dia takde sapu dengan sos serai even masak tiga rasa ke apa makan gitu saje tetap sedap weh. Memang betul fresh rasa, memang semua terbongkang kenyang lepas tu.

img_6279

500

Lepas dah kenyang, kami lepak kejap dekat Chenggyeon Stream ni. Haa masa first day tu datang time malam kan. Kali ni boleh lihat betapa jernihnya air sungai ni.

p9680415

p9680401

p9680413

Next, ke Doota Mall (walking distance dengan Cheonggyeon Stream). Dekat sini ramai suggest ada souvenir murah dijual. In fact, lagi murah dari Namdaemun Market. Dan memang terbukti betul, memang murah dan barang dia lagi bagus kualitinya. Cumanya tshirt i love korea tu Namdaemun Market lagi murah la boleh dapat 3 for KRW10,000. Sebab tshirt kat sini lagi bagus kualiti dia, so need to pay a lit bit more la kan. Fair enough.

Nanti masuk je Doota Mall ni, terus ke Level 5 cari kedai nama “Arirang”. Owner dia can speak Malay cause they are Indonesians.

492

504

p9680419

Then kami terus ke Myeongdong for the last time untuk top-up apa yang patut, tapi yang aku macam sedih sangat adalah kami tak sempat nak try hanbok. Sebab tourist counter tu dah nak tutup masa kami pergi dekat M Plaza. In sha Allah kalau ada rezeki aku jejak ke bumi Seoul, ini adalah benda wajib aku pergi!

Lepas tu kami terus ke Itaewon sebab dari Malaysia lagi dah niat nak singgah di Masjid Seoul dan solat. Alhamdulillah, yang satu ni Allah permudahkan. Rasa tersentuh bila dapat tengok rumah Allah di bumi yang dikatakan Muslim minority country.

p9680429

p9680441

Btw, untuk muslimah kena naik tangga ye untuk solat di atas. Tapi naik tangga ikut pintu belakang arah kanan, nanti nampak macam ada pejabat pengurusan. Bertentangan dengan pejabat tu adalah tangga ke tempat solat muslimah.

508

507

Dan aku juga berpeluang bertemu saudara kita selepas solat, memang comel. Bayangkan ahjumma dalam drama tu, tapi kali ni tutup aurat haha gitu lah.

Antara benda yang aku suka kat Korea ni adalah susu pisangggg! Memang hari-hari kitorang minum susu ni. Pelawas natural pun ada jugak ni. Dan disebabkan itu. Taraaaaa!

503

Hahaha nampak tak borong sakan. Sampaikan tak muat dah nak sumbat semua ni dalam cargo luggage. Sampaikan terpaksa la sorok tiga empat botol dalam cabin luggage, tapi bila kat scanner memang tak lepas la kan sebab over limit 100ml. Pegawai tu bagi dua option, either minum kat situ jugak atau buang. Whatttttt. Of course la sayang nak buang, ingat beli dengan air liur ke hape. So gigih la anak beranak ni minum cepat cepat kat situ kah kah kah.

p9680420

p9680425

Maka berakhirlah perjalanan kami sekeluarga di bumi Seoul. A really safe country, honest citizens and this country is sooooo me. Hahaha I want to come again, like seriously! Ameen.

Advertisements

Seoul (Day 5)

Hari ini adalah antara hari yang dinanti-nantikan. Sebabnya nak pergi ke Nami Island! (insert background music Winter Sonata).

Since kami ambil train biasa, perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Tapi selepas terjadinya adegan terlajak station dan perlu patah balik, maka jadi la dalam 2 jam lebih haha. Btw, ada je train laju untuk ke Gapyeong St, ITX kalau tak silap.

Train info:
Chungmuro St (Line 4) > Gapyeong St. (Line 4)

155a2-350

Dari stesen kereta api, kami menaiki teksi ke Jetty untuk naik feri ke Nami Island.
Admission Fee: KRW8,000

c5f4f-p9680185

d46ef-p9680187

Ferry Schedule:
0730 – 0900 (30 mins interval)
0900 – 1800 (10-20 mins interval)
1800 – 2140 (30 mins interval)

f1bbb-p9680188

be0db-p9680200

5164e-p9680259

0c050-p9680213

1d1b2-p9680215

Bila dah sampai Nami ni, digembar-gemburkan untuk cuba nasi goncang kat sini. So kitorang pun lunch la kat sini, feeling feeling nak goncang nasi tu. Ok la not bad tapi tak la sedap sangat ngeh ngeh.

7a333-364

Gambar bawah ni la Drama Cafe yang jual nasi goncang tu. Kalau masuk cafe tu memang penuh gambar Winter Sonata and juga kdrama hit yang lain. Make sure masa goncang nasi tu pakai gloves ye, kalau tak nak terbakor la tangan tu panas oi.

86369-p9680267

Lepas dah kenyang, baru kami ronda ronda and enjoying the view.

d5c47-p9680285

b91a2-p9680311

815b2-p9680279

Puas hati dapat jelajah satu pulau ni, but definitely will come back during autumn or snow, surely lagi cantik the view.

Then, next destination kami ke Gimyujeong Railway Park. Haaa ini pengaruh Running Man la ni aku gedik nak pegi jugak.

Train info: Gapyeong St (Line 4) > Gimyujeong St (Line Gyeongchun)

344b3-402

Cantik kan terminal  Gimyujeong Station ni. So Korean!

Fee: KRW35,000 for 4 pax

04b92-p9680318

Railway schedule:
0900 1100 1300 1500

Dia ada sediakan dua jenis gerabak, untuk 4 orang and untuk 2 orang. Macam aku hari tu amek 4 orang, so KRW35,000/car.

b8194-p96803628eff7-p9680319

Ni sebenarnya gerabak kereta api lama yang dah tak berfungsi, diorang recycle semula and lepas tu modify sikit so tourist kena kayuh sendiri bagi jalan. Pandai kan diorang buat duit.

Masa nak kayuh tu jangan terlajak happy kang boleh accident dengan orang depan. Ala-ala bumper car gitu. Hehe tapi memang syok weh, sepanjang perjalanan view cantik gila.

18554-p9680352

220e4-p9680354

Antara yang paling best bila part masuk terowong, sebab nanti ada lampu disko bagai pastu dia keluar lagu Oppa Gangnam Style. Haha syok weh, memang bergema terowong tu dengan suara kitorang menyanyi sekali.

577ec-p9680344

09d5e-img_6153

Then kat tengah-tengah tu ada R&R la kononnya. Haha boleh la nak rehatkan kaki kejap. Siapa yang tengok Running Man, kat sini diorang ada stop kejap sebab kena selesaikan mission.

Seoul, South Korea (Day 5)

Pasal diorang ni la aku terjebak sampai sini.

Seoul, South Korea (Day 5)

Tengok Ji Hyo dengan Gary pun beli teokbokki dari kedai ni. Haruslah aku pun nak jugak.

Memang berbaloi datang sini, because the scenery is sooo breathtaking and amazing. Dan pasal ni jugak la aku burn teruk. Mentang-mentang kat sana sejuk, aku bantai je tadah muka di bawah sinaran cahaya matahari haha burn baby burn.

Overall, aku puas hati gila la Day 5 ni. Walaupun kena keluar seawal 5 pagi sebab nak cover dua tempat jauh. Nama pun travel kan, haruslah fully maximised the day. Memang otw balik tu semua terbongkang tido dalam train haha.

End of Day 5, annyeong!

Seoul (Day 4)

Aktiviti pagi ini adalah shoppinggg! Pagi ni kami ke Namdaemun Market, macam-macam ada kat sini. Baju ke makanan ke brooch ke kasut ke semua ada. Tinggal nak sediakan duit aje.

Seoul, South Korea (Day 4)

Credit image: skampung.blogspot.com

Train info: Chungmuro St. (Line 3) > Hoehyeon St (Line 4) Exit 5

Nanti keluar je dari Exit 5 ni (fyi, exit ni menyenget sikit) terus ke kanan (maksudnya ke belakang terus la). Then jalan straight sampai jumpa bangunan E-lengdang.

Seoul, South Korea (Day 4)

Kami masuk bangunan ni sebab nak pergi cari brooch korea la. Selain tu, pelbagai jenis aksesori kaum wanita boleh jumpa kat sini, warning siap-siap untuk si lelaki baik korang takyah ikut. Mesti bosan menunggu – macam adik aku.

7ea4f-img_5957

e0350-img_5956

Ramai Malaysians suggest suruh cari Ahjumma ni. Barang berkualiti dengan harga berpatutan katanya. Nah aku bagi direction pakej dengan muka Ahjumma ni sekali haha.

1adcb-ahjumma

Lepas dah puas shopping, perut pun lapar. Kami dah plan nak cuba makan di Yoogane, Myeongdong. Sebenarnya kalau larat dari Namdaemun ni boleh aje jalan ke Myeongdong. Tapi kalau rasa tak larat, boleh naik train atau teksi.

72d53-yoogane

Kami order “Seafood Fried Rice”. Kedai ni konsep dia dapur depan mata anda. Haaa memang dia tumis kacau apa semua depan mata kau je. Tapi bagi aku, ok je la nasi goreng dia takde la sedap gila gila. Maybe sebab sambal korea ni rasa macam cili mentah kot, pada aku la. Lain orang lain citarasa.

a5966-317

Seoul, South Korea (Day 4)

Seoul, South Korea (Day 4)

Petang tu pula, kami ke N Seoul Tower. One of famous tourist spots kat Seoul. Satu lagi, aku tengok tower ni dulu dalam drama Korea, My Girl tu aje. Tunggu lagi, memang kena pergi la.

Kami ke N Seoul Tower dengan menaiki bas elektrik. Boleh naik bus no 02 atau 05. Hanya KRW850/pax.

487e1-p9680176

Info bus:
NAMSAN SUNHWAN SHUTTLE BUS #02
Intervals: every 15 mins
Operating hours :7 am – 12 am

NAMSAN SUNHWAN SHUTTLE BUS #05
Intervals: every 15 mins
Operating hours :7.30 am – 11.30 pm

fc757-p9680033

e13f7-p9680048

ce605-p9680122

Dekat sini memang bersepah love locks. Nak atas pokok ke tepi pagar ke pilih aje. Dia jual pada harga KRW8000 (about RM24) untuk sepasang. Macam aku hari tu, beli siap-siap kat Mr DIY baru RM2.50. Hahaha jimat duit sis.

4ac11-p9680067

dc20e-p9680077

59bad-p9680120

65877-p9680074

Btw, dekat atas ni ada observatory deck. Tapi haruslah ada bayaran lain. Aku tak masuk pun, meronda kat luar ni pun dah puas hati. Cantik betul pemandangan kat atas ni. Tak sia-sia tunggu sampai ke malam walaupun time tu sejuk menggigil. Brrrr.

dd291-p9680178

9dc20-p9680134

c7e82-p9680179

Seoul City at night.

End of Day 4!

Seoul (Day 3)

Hari ni gigih tau sebelum Subuh aku dah bangun, punya la eksaited nak tunggu sunrise. Mencabar jugak iman nak kejut yang lain suruh bangun hahaha.

Haaa ini la tempat yang kitorang pergi malam tadi, sini memang spot untuk view sunrise. Alhamdulillah, dapat tengok satu lagi kebesaran Sang Pencipta. Punya leka dok tengok view cantik sampai tak sedar cuaca sejuk sangat. Memang sejuk dia lain macam kat sini, lagi sejuk dari Seoul. Sejuk dia sampai ke satu tahap kau nak pegang benda pun tak rasa sebab jari dah kebas.

Lepas tu kami ke Abai Village pulak dengan teksi, KRW3000 je. Ada suatu yang unik kat sini, adalah kita kena ke seberang laut sinun and naik apa tah aku nak panggil, rakit ke apa tah. Cara dia kena tarik tali baru la rakit ni bergerak. Ahaha ada tambang tau, tapi murah je. Berapa ratus won tah, ratus won tu kira pangkat posen posen je.

Lebih kurang gini la tarik boat tu.
Credit to: skampung.blogspot.com

Untuk yang pernah tengok Autumn In My Heart, ingat tak last scene masa Eun Suh mati tu yang dia mintak Jun Suh bawak dia jalan-jalan kat pantai tu, haaa sini laaa pantai tu! Aku siap suruh adik aku dukung aku lagi lepas tu rakam video wahahaha. Memang kat sini bersepah muka diorang, famous betul.

Abai Village ni sebenarnya perkampungan nelayan. Malam-malam katanya kedai seafood la paling meriah. Ketam yang besar dari tapak tangan pun boleh dapat. Fresh pulak tu.

Next destination, Mount Seorak.

Haa kalau kau feeling-feeling nak bergambar kekonon baru lepas hiking, sini la tempatnya! Sebab sini tak payah hiking, naik cable car je ahaha. Tapi ada jugak laluan trek untuk hiking tau. Sini the best view adalah masa winter la, memang penuh snow melitupi gunung tu, nampak macam Banjaran Alps.

Untuk ke Mount Seorak, kami naik bas bandar aje. Tambang KRW1,100. Cash tau, bas ni memang last station dia di Mount Seorak, so cakap kat driver Seoraksan dia tau la.

Entrance fee: KRW9,000

Masa mula-mula sampai angin dia kuat gila weh. Pernah tak korang pegi satu tempat bila angin terlalu kuat, pokok-pokok keluarkan bunyi macam hantu haha entah la aku tak tau nak describe tapi macam tu lah. Angin kuat gila sampai perkhidmatan cable car diberhentikan sebentar.

Dang!!

Serius masa ni aku nak banjir dah rasa. Jauh kot aku datang dari Seoul, tapi takpe lah mungkin takde rezeki aku nak sampai atas sana. So kitorang lunch la dulu kat sini, sambil tu doa dalam hati supaya angin kurang sikit ahaha. Alhamdulillah mungkin time tu muka aku sedih sangat, tengah makan tu diorang buat announcement kata cable car berfungsi balik. Yay yay!

Btw, tiket tu kena simpan ye. Nanti masa nak turun dia akan mintak. Cantik sangat pemandangan dari cable car ni.

Kemudian, pulanglah kami ke Seoul malam tu dengan hati yang gembira dan puas.

Malam tu, kami ronda di Myeongdong. Sakan berjalan hari ni, sakit habis kaki. Nasib baik spare bawak ubat sakit orat ahaha. Annyeong!

Seoul (Day 2)

Hari kedua di Seoul, kami ke Gyeongbokgung Palace. Di tengah bandar Seoul yang maju ni, ada sebuah istana terbentang luas cewah.

d6aee-p9670747

6a5d0-p9670749

Train info: Gyeongbokgung St. (Line 3)

Pada waktu tertentu, akan ada satu istiadat upacara pertukaran pengawal istana. So kita dapat tengok la macam mana diorang bertukar syif.

Additional info:-
Admission fee: KRW3,000
Operating hour: 9 am – 5 pm
Royal Changing Guard: (10 am, 1 pm, 3 pm)

Seoul, South Korea (Day 2)Seoul, South Korea (Day 2)Seoul, South Korea (Day 2)Seoul, South Korea (Day 2)

Kawasan istana ni tersangatlah besar. Tapi aku tak masuk sampai dalam pun, kalau masuk ada bayaran. Mungkin kalau time musim bunga, baru berbaloi masuk dalam. Sebab ada tasik dikelilingi bunga sakura pink baru la worth for instagram. Haha.

Keluar je dari kawasan istana ni, kami ke tengah yang ada statue King Sejong, Gwanghamun Square. Nak dijadikan cerita, hari tu hari Ahad pagi. Ada jualan murah ala2 car boot sale gitu lah. Murahnya weh, winter coat dalam KRW5,000 pun boleh dapat. Tunggu lagi, memang sambar la. Kira lain kali kalau datang Gyeongbokgung Palace, make sure singgah area Gwanghamun Square.

07c96-img_5732

Seoul, South Korea (Day 2)

Petang tu kami get ready packing sebab malam tu tak stay dekat Seoul. Kitorang ke Sokcho. Sebenarnya yang ni pun last minute plan. Haa kenapa kitorang nak ke Sokcho? Sebab Mount Seorak dan ada satu kawasan bernama Abai Village tu sebenarnya lokasi penggambaran Autumn In My Heart. Haruslah wajib pergi kan. Mih mih.

Masa ni kitorang ke Sokcho dengan bas. Kami naik di Dongseoul Bus Terminal, ala2 TBS lah gitu.

93c79-img_5743

Train info: Chungmuro St. (Line 4) > Gangbyeon St. (Line 2)

Bus info:-
1) Cari kaunter yang ke Sokcho (either 1 @ 2)
2) Tunggu di Platform 4 @ 5
3) Tambang bas KRW17,300/pax
4) Duration: 3 hours

3ec59-img_5744

Satu benda yang patut aku highlight kat sini adalah, diorang memang sangat punctual. Kalau kata bus korang pukul 11.15, memang 11.15 dia terus gerak ye. . Bukan 11.30 bukan 11.20. Jangan risau, tunggu je bas. Bila bas dah sampai, confirmkan balik dengan driver betul tak. Dah betul, baru naik. Jangan acah paham, unless kau faham bahasa Korea la.

Dalam perjalanan, driver bus singgah di R&R. Almaklumlah, cuaca sejuk gini semua nak ke tandas la. Selama ni aku dok tengok kat tv asyik asyik minum kopi. Rupanya nikmat weh minum kopi panas time cuaca sejuk gini.

e32b8-p9670820

b7f9c-p9670821

Around pukul 7 macam tu kami sampai la ke Sokcho. Mula-mula tu, sesat barat jugak nak cari guesthouse. Yelah, sebab dah gelap kan. Padahal dekat je dengan stesen bas tu.

Lepas dah rehat makan apa semua, so kitorang keluar la nak ronda tengok pekan Sokcho ni. Sunyi betul, tak happening macam Seoul. Kami ke tempat yang supposedly pergi pagi esok sebab sini view sunrise dia cantik. Malam tu sejuk dia Ya Allah sampai ke tulang rasa. Mungkin sebab angin laut sama kot. Tak lama pun kat sini, amek gambar pastu balik. Sebab time tu air hidung dah meleleh macam paip pecah haha.

c46df-p9670837

42066-p9670833

18f7a-p9670838

Seoul (Day 1)

Setelah berhempas pulas cuba untuk tidur dalam flight selama 5 jam, Alhamdulillah selamat mendarat di bumi Seoul. Masa ni eksaited aku tak dapat digambarkan dengan kata-kata, selama ni dok tengok dekat tv je omg omg omg! Dia punya eksaited tu aku dapat tidur sejam je walaupun awal pagi tu aku dah bangun pukul 3 pagi sebab nak get ready flight awal punya pasal.

Dari Malaysia, flight take off pukul 8.30 am tapi bila sampai Seoul, dah pun pukul 4.30 pm. Sebab perbezaan waktu Malaysia dengan Korea adalah lebih kurang 4 jam. Keluar je airport, seumur hidup aku ni first time aku dapat rasa angin sejuk. Hohoho seronok kemain nyaman gila.

c20e0-p9670675

Btw, Incheon International Airport ni adalah antara airport yang terbesar di dunia. Kalau kau rasa KLIA2 tu dah cukup besar untuk kau menapak, kau silap. Cuba bayangkan, terminal gate kau no 175? Macam mana nak menapak tu? Jangan risau, kat sini ada special train untuk passenger semua. Dia macam transit train untuk kau. So don’t worry be happy. Yang penting beratur, jangan potong queue orang.

Seoul, South Korea (Day 1)

Keluar je dari terminal, boleh terus proceed ke kaunter information dan tanya kat pegawai bertugas kat mana nak naik bas ke Seoul. Ada pelbagai cara untuk ke Seoul ni. Teksi ada tren ada bas pun ada. Ikut kesesuaian dan bajet masing2 ok. Macam aku, naik bas KRW15,000/pax.

Seoul, South Korea (Day 1)

Seoul, South Korea (Day 1)

Seoul, South Korea (Day 1)

Seoul, South Korea (Day 1)

Malam tu, kami ronda-ronda aje nak menikmati bandar Seoul di malam hari. Kami ke Dongdaemun Design Plaza. Siapa yang tengok cerita “My Love From The Star” kat dalam ni la diorang shooting rumah hero and heroin tu. Tapi kitorang tak masuk pun, cuma jalan-jalan kat luar ni cuci mata. Kebetulan minggu tu ada Seoul Fashion Week, ala2 KL Fashion Week lah. Cantik betul Dongdaemun Design Plaza ni, unik design dia.

Train info: Chungmuro St. (Line 4) > Dongdaemun History & Culture Park St. (Line 4)

344df-p96706963e76a-p96707403c007-p9670735

Kami berjalan sampai ke sini haaa. Tak jauh pun kira sebelah sebelah je. Ni salah satu hotspot dekat Seoul nk la, Cheonggyeon Stream. Alkisahnya, dulu sungai ni kotor. Ala ala Sungai Klang tu kau bayangkan. Tapi berkat kegigihan dan kesungguhan orang Korea ni, berjaya diorang pulih dan rawatkan air sungai ni jadi air yang jernih mengalir. Aku kalau tak fikir musim sejuk ni, nak je celup kaki. Haha.

Seoul, South Korea (Day 1)

Seoul, South Korea (2015)

Sebenarnya trip ni dah lama. Tapi memandangkan aku start blogging balik, so aku nak jugak la share antara trip yang paling aku suka dan teramatlah suka. Sebabnya aku ni hantu drama korea, memang minat gila. So bila dapat jejak ke bumi Korea ni, rasa macam a dream come true untuk aku, Alhamdulillah.

So aku pergi Seoul Korea ni selama seminggu (21/03/2015 – 27/03/2015). Masa tu kira peralihan dari musim sejuk ke musim bunga. Mula-mula tu macam frust sikit sebab tak dapat tengok sakura blooming. Tapi ah aku frust kejap je, sampai Korea memang happy tak ingat dunia dah.

Memandangkan trip ni kami bergerak sendiri. So aku lah yang plan itinerary apa semua. Terima kasih sangat-sangat dekat beberapa blogger yang banyak membantu. Info diorang memang tepat dan padat. Tapi yang paling helpful, adalah blog ni. Most of info yang aku share ni pun dari dia la. So credit to this blog owner; http://skampung.blogspot.my/

Antara persediaan yang aku buat sebelum ke sana:

1) Malaysia Korea Tourism

Benda ni pun aku dapat tau dari officemate aku time intern dulu. Alang-alang ofis aku time tu pun kat KLCC, so jalan kaki je la ke Menara Hap Seng. Untuk apa pergi sana? Kat sana la kita nak kutip segala brochure maps coupon. Syarat dia kau datang and tunjukkan dekat dia flight itinerary then dia akan bagi semua ni. Selain tu, korang akan dapat macam coupon books tau, so ada la discount promo and sebagainya. Memang berguna sebab kadang-kadang ada tempat kita nak pergi tu dia akan bagi potongan diskaun. Selain dari tu, kat sini ada jugak kelas bahasa Korea kalau korang nak join. Kira menarik la untuk korean freaks.

2) Application: Subway

Kalau korang travel di Korea dengan sendiri, application ni tersangatlah berguna. Masa aku buat research time tu, aku dapat tau Korea ni ada 9 line subway. Dah tu, setiap line ada sampai berbelas puluh stesyen. Dari nak buang masa belajar kat peta, guna je apps ni. Asalkan kau tau mana tempat naik dan turun sudah la. Nasihat aku, sebelum berangakat ke sana. Try and error dengan apps tu, yelah sementara nak biasakan.

3) Tempat penginapan

Mula-mula masa survey hotel kat Korea. Peh, boleh tahan jugak harga hotel dia. Lepas tu bila aku survey through other bloggers, ramai antara diorang ni memilih guesthouse sebagai tempat penginapan. So aku pun try cari and ok cool jugak. Lagi pun aku memang plan nak bawak makanan dari Malaysia since kami satu family tak in sangat dengan Korean food. Kalau kat hotel belum tentu dapat masak, tapi dekat guesthouse confirm boleh sebab ada sediakan dapur. And kalau nak lebih ada setengah guesthouse provide laundry service untuk korang. So masa tu aku pilih “24 Guesthouse Myeongdong”. Location wise, bagus sebab dekat dengan subway station dan juga ia adalah walking distance dengan Myeongdong: syurgaaaaaaa kosmetik. Hik hik.

And aku jugak ada spend one night dekat Sokcho, so aku pilih untuk stay di Egghouse Sokcho Guesthouse. Pun recommended, dekat je dengan station bus, walking distance.

4) Internet

Masa ni aku takde beli apa simkad pun. Sebabnya guesthouse yang kami duduk ni ada provide rental service untuk portable WIFI for only KRW2000/day. Second, guesthouse yang kami duduk memang WIFI dia tiptop. Ketiga, since aku dah ada Subway apps tu semuanya mudah sebab dia tak perlukan data pun untuk kita guna.

5) T-money

Ok ini memang antara yang paling penting kalau korang travel sendiri dekat Korea. T-money ni ala2 Touch n Go la. Macam aku, 100% kami gunakan public transport, dari train, teksi, bas ekspress ke bas bandar ke bas elektrik ke semua kitorang naik haha. Sebabnya matawang Korea ni agak confusing and nanti kalau pakai cash pening pulak nak standby duit kecik apa semua. So untuk memudahkan lagi, better beli T-money ni. Boleh cari dekat mana-mana convenience store.

Cumanya untuk bas dari airport, bas ekspres ke Sokcho and bas bandar di Sokcho kena guna cash tau. Tak boleh guna T-money.

Ok la rasanya itu je kot persediaan utama yang aku sediakan sebelum pergi Korea. Nanti aku sambung ceritaa trip aku sepanjang kat sana which is one of the unforgettable moment for me. Sebelum tu, macam biasa belanja gambar dulu. Till then, annyeong!