Labuan Bajo, Flores (Day 1)

Kami amek flight malam dari KL ke Denpasar. Lebih kurang pukul 1 pagi touch down, and since esok pagi dah nak terus ke Labuan Bajo pukul 8, so kitorang decide untuk tak amek hotel dan tido di airport je.

Nasib baik airport dia senyap and agak selesa la untuk kitorang menumpang tido. Tapi jangan expect dapat tido nyenyak la, sebab kadang-kadang tu ada orang lalu lalang, cleaner kemas-kemas etc. Aku rasa ada la aku tido dalam dua jam gitu je. Lepas tu terus cari toilet segarkan badan kejap.

Lepas tu terus kami ke domestic terminal untuk check in ke Labuan Bajo. Dekat Bali ni, domestic terminal dia lagi meriah dari international terminal, in terms of kedai makan apa semua. Yang kat international tu semua mahal mahal.

Lebih kurang lepas 1 jam 15 minit, sampai la kami di bumi Labuan Bajo. Masa ni excited dah, walaupun tengok cuaca kat luar tu panas betul. Airport Labuan Bajo ni memang kecik je. Imagine turun dari flight, masuk bangunan terus sampai dekat tempat luggage pick up tu. Kan bagus semua airport macam ni, jimat tenaga sis.

Lepas tu kitorang macam tengok jugak kat luar kot Pak Alyas dah sampai ke. Tapi dari jauh, tengok semua macam serupa je muka dia. Haha so takpe la kitorang cari toilet dulu nak settle apa yang patut, tukar baju basah siap2. Rupa-rupanya kan, Pak Alyas dah tunggu kitorang lama. Sebab masa tu habis semua passenger dah keluar, airport pun dah kosong, tapi kitorang masih tak muncul-muncul. Last-last, dia mintak polis carikan ada tak nampak kelibat empat orang budak perempuan. HAHA! Patut la masa kat toilet tu dok perasan ada orang dua tiga kali lalu, ingat polis tu nak marah kitorang bawak masuk troli.

Sebelum ke pelabuhan, kami mintak Pak Alyas carikan simkad dulu. Sebab dulu aku baca satu blogger ni dia beli simkad masa di Bali, then bila sampai Labuan Bajo tak boleh guna dah. Dulu masa aku ke Bandung pun macam tu, simkad yang beli di Jakarta tak boleh guna di Bandung. Aneh aneh la Indonesia ni.

Lepas tu baru kami ke pelabuhan and stay dekat kapal. Awal-awal lagi diorang dah serve makanan kegemaran aku, pergh memang seronok la oi.

Masa ni dah start moment krik krik. Kitorang ingatkan macam lepas lunch tu aktiviti pun dah mula la kan. Tapi lepas sembang-sembang tu, Pak Alyas kata tido la dulu. Sebab nanti petang baru akan hiking ke Bukit Silvia. Mungkin sebab semua macam penat dari malam dah travel, dengan malam tadi tido-tido ayam je kat airport, memang lepas tu kitorang terlena kejap atas boat. Terjaga pun sebab tiba-tiba berpeluh. Mau tak peluh weh, tido dalam boat yang tak bergerak berangin pukul 2 petang, macam dalam oven woi.

Pastu tiba-tiba around pukul 3 macam tu Pak Alyas dapat panggilan dari boat man yang lain. Memula aku tak berapa paham sangat. Sebab orang kat sini bahasa Indonesia dia lain sikit tau, diorang kata tu bahasa komodo. Cuma yang aku dengar time tu “KAPAL MAU KARAM?” Yang lain tu aku tak paham, tapi nampak la dia macam kalut dengan muka gelabah gila time tu. Dengan boat man yang lain semua dok rushing la prepare untuk gerak ala2 rescue team gitu. Kitorang yang kat depan ni terpinga-pinga tengok diorang sembang, dah la tak paham, subtitle pun takde. Lepas tu Pak Ashaari mintak kitorang pindah ke boat sebelah, sebab diorang nak gunakan boat ni untuk pergi tengok apa yang jadi kat boat yang almost karam tu. Pergh dah macam drama weh aku tengok. Masa ni rasa takde harapan dah nak ke laut. Sebab katanya, laut bergelora betul masa tu.

So takpe lah, kitorang pegi ke masjid dulu sebab nak solat then sejukkan badan sikit. Panas betul duduk dalam boat petang-petang gini. Dah la sedih takde aktiviti. Lepas tu pegi cari kedai makan ingat ada la cendol ke coconut shake tapi harapan la kan. Ingat ni pantai klebang ke. Haha.

Lepas tu Pak Ashaari cari kitorang kat kedai. Dia heran apsal lama sangat bebudak ni pegi masjid. Dia risau dah la pagi tadi dah hilang kat aiport haha. Oh btw, Pak Ashaari ni kira boat man yang bertanggungjawab untuk jaga kitorang sepanjang berada kat sini. Dia cakap yang lepas ni kita akan hiking ke Bukit Silvia. Yay! Finally ada pun aktiviti untuk hari ni. Tapi ada satu masalah. Masa tu barang-barang (termasuklah kasut hiking) ada dalam boat yang diguna oleh rescue team.

Tapi nasib baik la Bukit Silvia ni light hiking je. Sebab dari awal dah naik dengan kereta, kira tinggal sikit je lagi nak sampai peak hehe.

Masa ni amaigad cantiknyaaaaaa! Pak Ashaari cakap sini turut dikenali sebagai Bukit Teletubbies. Cantik sangat so hijau. Memang tenang kejap hati dapat tengok view ni. Kitorang stay kat atas sambil tunggu sunset. Masa ni taktau nak describe macam mana, tapi rasa tenang sangat kat atas ni. Thank you Flores, you got a special place in my heart already.

Dah habis sunset kitorang turun bawah. Masa ni agak licin sikit bila nak turun, aku dengan sandal lagi la. Tapi sis steady je hiks. Masa kitorang balik ke boat, Pak Alyas and the rescue team masih belum balik. Lama jugak, harap semuanya selamat la. Malam ni kitorang makan dekat pasar malam. Konsep dia sama macam dekat Gili Trawangan, Lombok dulu. Kitorang order ikan kuah asam. Masa order tu ingatkan ikan bakar dengan kuah asam macam kat kedai Melayu tu, rupa-rupanya dia masak ala taucu gitu. Bedal je lah, lapar dah ni. Sampai masa kitorang makan kat pasar ni pun, Pak Ashaari temankan. Kitorang suruh balik dia tak nak, dia kata dah malam. Alahai baik betul.

So malam tu takde apa aktiviti sangat. Kitorang tido dalam boat malam tu. Tapi ok la ada tilam apa semua, cuma awal-awal tu terasa la bergoyang sikit bila ada boat lalu kan. Tapi ok la not bad jugak, at least dapat experienced macam mana rasa tido atas air hehe.

Till next post, daaaa!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s