Labuan Bajo, Flores (Day 1)

Kami amek flight malam dari KL ke Denpasar. Lebih kurang pukul 1 pagi touch down, and since esok pagi dah nak terus ke Labuan Bajo pukul 8, so kitorang decide untuk tak amek hotel dan tido di airport je.

Nasib baik airport dia senyap and agak selesa la untuk kitorang menumpang tido. Tapi jangan expect dapat tido nyenyak la, sebab kadang-kadang tu ada orang lalu lalang, cleaner kemas-kemas etc. Aku rasa ada la aku tido dalam dua jam gitu je. Lepas tu terus cari toilet segarkan badan kejap.

Lepas tu terus kami ke domestic terminal untuk check in ke Labuan Bajo. Dekat Bali ni, domestic terminal dia lagi meriah dari international terminal, in terms of kedai makan apa semua. Yang kat international tu semua mahal mahal.

Lebih kurang lepas 1 jam 15 minit, sampai la kami di bumi Labuan Bajo. Masa ni excited dah, walaupun tengok cuaca kat luar tu panas betul. Airport Labuan Bajo ni memang kecik je. Imagine turun dari flight, masuk bangunan terus sampai dekat tempat luggage pick up tu. Kan bagus semua airport macam ni, jimat tenaga sis.

Lepas tu kitorang macam tengok jugak kat luar kot Pak Alyas dah sampai ke. Tapi dari jauh, tengok semua macam serupa je muka dia. Haha so takpe la kitorang cari toilet dulu nak settle apa yang patut, tukar baju basah siap2. Rupa-rupanya kan, Pak Alyas dah tunggu kitorang lama. Sebab masa tu habis semua passenger dah keluar, airport pun dah kosong, tapi kitorang masih tak muncul-muncul. Last-last, dia mintak polis carikan ada tak nampak kelibat empat orang budak perempuan. HAHA! Patut la masa kat toilet tu dok perasan ada orang dua tiga kali lalu, ingat polis tu nak marah kitorang bawak masuk troli.

Sebelum ke pelabuhan, kami mintak Pak Alyas carikan simkad dulu. Sebab dulu aku baca satu blogger ni dia beli simkad masa di Bali, then bila sampai Labuan Bajo tak boleh guna dah. Dulu masa aku ke Bandung pun macam tu, simkad yang beli di Jakarta tak boleh guna di Bandung. Aneh aneh la Indonesia ni.

Lepas tu baru kami ke pelabuhan and stay dekat kapal. Awal-awal lagi diorang dah serve makanan kegemaran aku, pergh memang seronok la oi.

Masa ni dah start moment krik krik. Kitorang ingatkan macam lepas lunch tu aktiviti pun dah mula la kan. Tapi lepas sembang-sembang tu, Pak Alyas kata tido la dulu. Sebab nanti petang baru akan hiking ke Bukit Silvia. Mungkin sebab semua macam penat dari malam dah travel, dengan malam tadi tido-tido ayam je kat airport, memang lepas tu kitorang terlena kejap atas boat. Terjaga pun sebab tiba-tiba berpeluh. Mau tak peluh weh, tido dalam boat yang tak bergerak berangin pukul 2 petang, macam dalam oven woi.

Pastu tiba-tiba around pukul 3 macam tu Pak Alyas dapat panggilan dari boat man yang lain. Memula aku tak berapa paham sangat. Sebab orang kat sini bahasa Indonesia dia lain sikit tau, diorang kata tu bahasa komodo. Cuma yang aku dengar time tu “KAPAL MAU KARAM?” Yang lain tu aku tak paham, tapi nampak la dia macam kalut dengan muka gelabah gila time tu. Dengan boat man yang lain semua dok rushing la prepare untuk gerak ala2 rescue team gitu. Kitorang yang kat depan ni terpinga-pinga tengok diorang sembang, dah la tak paham, subtitle pun takde. Lepas tu Pak Ashaari mintak kitorang pindah ke boat sebelah, sebab diorang nak gunakan boat ni untuk pergi tengok apa yang jadi kat boat yang almost karam tu. Pergh dah macam drama weh aku tengok. Masa ni rasa takde harapan dah nak ke laut. Sebab katanya, laut bergelora betul masa tu.

So takpe lah, kitorang pegi ke masjid dulu sebab nak solat then sejukkan badan sikit. Panas betul duduk dalam boat petang-petang gini. Dah la sedih takde aktiviti. Lepas tu pegi cari kedai makan ingat ada la cendol ke coconut shake tapi harapan la kan. Ingat ni pantai klebang ke. Haha.

Lepas tu Pak Ashaari cari kitorang kat kedai. Dia heran apsal lama sangat bebudak ni pegi masjid. Dia risau dah la pagi tadi dah hilang kat aiport haha. Oh btw, Pak Ashaari ni kira boat man yang bertanggungjawab untuk jaga kitorang sepanjang berada kat sini. Dia cakap yang lepas ni kita akan hiking ke Bukit Silvia. Yay! Finally ada pun aktiviti untuk hari ni. Tapi ada satu masalah. Masa tu barang-barang (termasuklah kasut hiking) ada dalam boat yang diguna oleh rescue team.

Tapi nasib baik la Bukit Silvia ni light hiking je. Sebab dari awal dah naik dengan kereta, kira tinggal sikit je lagi nak sampai peak hehe.

Masa ni amaigad cantiknyaaaaaa! Pak Ashaari cakap sini turut dikenali sebagai Bukit Teletubbies. Cantik sangat so hijau. Memang tenang kejap hati dapat tengok view ni. Kitorang stay kat atas sambil tunggu sunset. Masa ni taktau nak describe macam mana, tapi rasa tenang sangat kat atas ni. Thank you Flores, you got a special place in my heart already.

Dah habis sunset kitorang turun bawah. Masa ni agak licin sikit bila nak turun, aku dengan sandal lagi la. Tapi sis steady je hiks. Masa kitorang balik ke boat, Pak Alyas and the rescue team masih belum balik. Lama jugak, harap semuanya selamat la. Malam ni kitorang makan dekat pasar malam. Konsep dia sama macam dekat Gili Trawangan, Lombok dulu. Kitorang order ikan kuah asam. Masa order tu ingatkan ikan bakar dengan kuah asam macam kat kedai Melayu tu, rupa-rupanya dia masak ala taucu gitu. Bedal je lah, lapar dah ni. Sampai masa kitorang makan kat pasar ni pun, Pak Ashaari temankan. Kitorang suruh balik dia tak nak, dia kata dah malam. Alahai baik betul.

So malam tu takde apa aktiviti sangat. Kitorang tido dalam boat malam tu. Tapi ok la ada tilam apa semua, cuma awal-awal tu terasa la bergoyang sikit bila ada boat lalu kan. Tapi ok la not bad jugak, at least dapat experienced macam mana rasa tido atas air hehe.

Till next post, daaaa!

Advertisements

Labuan Bajo, Flores

Hello!

P9730939

 

After so long tak dapat vitamin sea, here we go with this trip. Sebenarnya, tempat ni masih terpelihara and tak ramai lagi pun tau kewujudan tempat ni. Aku perasan pun sebab tengok dari satu instafamous ni punya post. Masa dia pergi tu serius aku tak expect itu Indonesia.

Maka dari saat itu, bermulalah kegigihan mencari post dari blogger dan tripadvisor tentang Flores ni. Rasanya ada la dalam dua tahun aku simpan niat nak ke sini, tahun lepas baru start buat research sikit. So boleh la aku share few things kat sini:

1) Logistik

Untuk ke Flores, perlu turun ke Labuan Bajo. Dan tak ada direct flight dari Malaysia ke Labuan Bajo. Option pertama, overland trip dari Lombok (rasanya naik feri atau kapal). Perjalanan tu agak murah tapi sangat la memakan masa, kena spare at least satu hari untuk travel saja.

Option kedua, ambil domestic flight. Cost wise, agak mahal tapi cepat dan jimat masa. Cuma satu jam dari Bali untuk ke Labuan Bajo. Tapi, harga domestic flight lebih mahal dari international flight, which aku pun tak paham la kenapa.

So inilah route aku:

Kuala Lumpur > Denpasar > Labuan Bajo > Denpasar > Kuala Lumpur

2) Flight ticket

Kuala Lumpur > Denpasar  (AirAsia) – RM340/return

Denpasar > Labuan Bajo (Wings Air/NAM Air) – RM507/return

Mahal kan domestic flight dia? Padahal distance dan time dia lagi pendek. Tapi sebab hati ni dah tertaut kat Flores, pejam mata je la *walaupun dalam hati pikir dah lepas tiket ke Korea ni*

3) Sailing trip

Masa aku survey, ada sailing trip ada jugak yang stay di homestay. Ramai recommend sorang boat man ni, Pak Alyas namanye. So aku amek pakej private trip dengan dia 3 hari 2 malam pada harga IDR 2.5 juta (RM800+). The best part is boat tu kitorang je, tak campur dengan orang lain. Ada je lagi pakej lain yang bercampur and lagi murah. Tapi sebab ramai sangat and mix dengan macam-macam orang, so better la kitorang pilih yang selesa sikit.

Pak Alyas – +6282145252757

Overall, aku puas hati lah dengan servis Pak Alyas. Walaupun pada permulaannya ada miscommunication sikit (aku akan cerita kemudian), tapi ok je asalkan dapat cover most semua tempat. Yang paling aku suka is cara semua boatman amanah dalam menjaga kitorang. Betul dijaga macam anak sendiri. Apa saja yang dibuat mesti diorang pantau, even nak duduk dekat tepi boat tu pun, kejap lagi ada je Pak Ashaari datang duduk sebelah, takut terjatuh pulak anak dara ni dalam laut lol. Lagi satu, sini kitorang dilayan macam puteri. Makanan dihidang, bagpack yang berat tu diorang angkatkan, life jacket fin goggle diorang bawakkan, even masa hiking ada yang tolong jadi porter angkat barang (botol air je pun lol).

Kadang-kadang rasa kesian tengok diorang yang seusia ayah kita, masih bekerja keras demi sesuap nasi. Bagi aku, dekat sini kehidupan diorang agak daif. Elektrik tak ada all the time, air kolah mandi tu pun diorang kena isi secara manual semata-mata nak bagi kitorang mandi (paip takde ye). Even food yang diorang serve tu pun mungkin bagi kita nampak tak mewah, tapi bagi mereka itu saja dah cukup. Serius weh, aku duduk sini 3 hari memang insaf kejap. Tapi tak dengar pulak diorang merungut ke apa, semua masih gigih bekerja mencari rezeki dan nampak keikhlasan diorang buat kerja bila diorang layan kitorang as customer.

Eh dah tiba-tiba masuk slot lain pulak, rasanya tu je kot persediaan untuk ke Flores ni. Nanti aku akan update sailing trip kitorang di Flores. Sementara tu, boleh la tengok dulu gambar yang Subhanallah taktau nak cakap apa dah. Cantik sangat.

P9730374

 

P9730376

 

P9730570

 

P9730927

Japan (Day 6)

So today adalah last day di Tokyo sebab petang ni dah nak ke Osaka. Walaupun macam banyak lagi tempat tak explore, tapi nak try cover sebanyak mana yang mungkin hari ni.

Tapi mission hari ni more to shopping apa yang patut before we left Tokyo. First pit stop adalah ke Harajuku! To be specific, kami ke area Takeshita Street.

 

1109

 

Dekat sini ada banyak jual souvenirs, ada Daiso besar, ada macam-macam jenis crepe, cotton candy rainbow and banyak drugstores yang jual kit kat and biskut kapal murahhhh.

 

1113

 

Kalau nasib baik, bole jumpa cosplay. Tapi tu lah, diorang kata dah lama tak muncul. Kalau ada pun, cuba tengok Ahad petang gitu.

So lepas refer to post dekat RTJ. Memang confirm drugstore ni paling murah biskut kapal dia jual. 10 kotak dalam JPY58 saja. Tunggu lagi, memang borong la. Kitkat pun beli kat sini siap-siap. Nanti cari drugstore nama Wellpark.

Satu lagi yang aku perasan, dekat Jepun ni kosmetik dia agak murah. Which I was regretting too, sebab mula2 aku ingat nak beli moisturiser Hada Labo tu sebab balik dari salji memang muka dah burn plus kering. Tapi tu la konon pikir balik Malaysia nanti beli je la kat Watsons. Sekali balik Malaysia, nohh RM60 kau. Kalau Jepun baru RM24. Sobs

Then lepas tu kitorang terus ke Funabashi sebab Mama nak pegi 2nd street. Sebenarnya kat area town banyak je kedai second hand macam 2nd street, Hard Off, Book Off semua tu. Tapi yang kat Funabashi ni banyak barang outdoor.

1121

 

Nasib baik dekat Funabashi ni dia besar and aku pun sempat la grab dua tiga baju. Walaupun bundle, memang cantik weh. Macam new item pun ada. Kalau datang sini memang jadi tak ingat dunia jap. Jumpers aku beli lepas convert 50 hengget aje. dah la material syok gila. At least la kan, dapat jugak sis shopping kat Jepun walaupun bundle. Hiks

 

1118

 

Patutnya before gerak to Osaka petang tu, kitorang nak pergi pakai kimono dekat JNTO. Tapi tu lah, masa tak mengizinkan. Office dia pun dah nak tutup time tu. So takpe la pegi pakai kat Osaka je. Memang kali ni aku tekad nak jugak pakai walau apa pun. Sebab tak nak benda sama kat Korea berulang last2 tak sempat pun nak pakai hanbok.

So kitorang pun terus shoot ke Tokyo Station untuk gerak ke Osaka. Till then Tokyo, sayonara. Thank you for the good memories, will definitely miss you!

 

1131

 

*cue Tokyo drift song*

“I wonder if you know, how they live in Tokyo”

“If you seen it, then you mean it”

“Then you know you have to go. Fast and furious”

Haha so around 10.30 pm kitorang sampai Shin-Osaka. Yay Osaka I’m here!

To be continued daaaa.

 

Japan (Day 5)

Hari yang ditunggu tunggu dah pun tiba. So inilah highlight of the trip, Kurobe Alpine Route. Aku start aim tempat ni bila tengok Jejak Jepun Zizan dulu, masa ni dah berangan one day mesti nak jejak tempat ni jugak. Alhamdulillah, rezeki dapat jugak jejak tempat ni and memang best gila wei.

Cost dia a bit pricey, tapi percayalah memang worth it. Aku amek one way, so total price dia adalah JPY9,000 (around RM360). Tapi tak include transport dari/ke Tokyo sebab aku dah ada JR Pass. Sebenarnya kalau tak lagi mahal tau, tapi nasib baik JR ada offer “Tateyama Kurobe Alpine Ticket” for JPY9,000 instead of JPY12,090. So kat situ dah boleh jimat kan.

 

img_what01

 

So apa yang ada kat sini adalah first of all, korang kena familiar dengan variety of transportations yang akan digunakan sepanjang di Alpine Route ni. Aku akan cerita one by one dekat bawah.

 

1) Tokyo > Nagano (JR Pass)

Since aku ada JR Pass, so tak perlu beli tiket untuk ke sini. Naik shinkansen terus ke Nagano Station. Masa ni seawal 4.30 pagi dah keluar dari guesthouse sebab kami nak buat day trip saja.

 

765

 

2) Nagano Station

Turun di sini kena keluar dari station dan cari express bus untuk ke Ogizawa. So dari sini dah start penggunaan Kurobe Alpine Ticket tu. So make sure jangan hilang and selalu simpan tiket sebab nanti officer dia akan check. Perjalanan ambil masa around 1 hour 20 mins.

 

770

 

3) Ogizawa

Sampai di Ogizawa, dah start beratur sebab nak naik trolley bus. Trolley bus ni ala2 bus tapi tali dia bersambung dekat siling macam cable car tu. Laluan dia dalam terowong tapi tak lama pun dalam 15 mins je.

4) Kurobe Dam

Masa turun dari sini, tips dia kalau tak nak penat berpatah balik. Terus cari Kurobe Dam Observatory, dekat sini ada dalam 220 anak tangga sebelum kita dapat tengok view yang super duper cantik. Memang akan ada symptom lutut longgar atau nak tercabut, tapi jangan risau jangan push yourself. Naik je slow slow, takkan lari gunung dikejar gittew. Dekat pertengahan tu pun ada air, originally from bukit so memang fresh dan sejuk gila. Agak-agak mengah, rehat je dulu.

Bila dah sampai kat atas tu, the view is breathtakingly amazing. Subhanallah!

 

772

 

773

 

Tapi angin memang kuat gila kat atas sini. Sampai la terjadi satu scene yang tak diingini, guess what. Ticket aku terlepas dari tangan dan terbang melayang-layang weh. Weh tiket tu TIGA RATUS ENAM PULUH RINGGIT KOTTTTTTT. Masa tu aku ingat dah jatuh ke gaung dah tiket aku tu, redha je nak pegi beli tiket baru. Tengok-tengok adik aku nampak tiket tu, tiket tu terselit dekat lantai salji. Uish tapi tetap bahaya kalau nak amek, sebab dah melepasi pagar. Cari orang dia pun takde kat situ. Hmm petak jap time tu taktau nak watpe. Tapi adik aku sebagai hero sejati telah meng-offerkan diri dia untuk turun dan ambil tiket aku. Masing-masing dah cuak gila dah, aku cam dah redha gila je kalau tiket tu tak dapat ambil balik pun. Alhamdulillah, lepas tu dua-dua adik dan tiket aku selamat. Haha lepas tu memang aku tak pegang dah tiket tu, bagi adik aku je. Thank you dik, i owe you! Fuhhhhhh.

 

794

Nampak tak pagar kat hujung tu. Haa tiket aku dah melepasi pagar tu dah. Sobss

 

Lepas dah bertenang kejap dari kejadian yang shock itu. Kitorang pun continue la mood berjalan balik. Haha! So turun balik ikut tangga tadi untuk ke bawah and boleh tengok Kurobe Dam dari dekat. Sebenarnya bole je turun tangga dari luar, tapi angin dia kuat gila weh. Kau bayangkan aku ni ditolak-tolak je angin, lagi nak pakai tangga luar? Erm tak pe la. Cukup la kejadian tiket je buat jantung kitorang terhenti jap.

Oh btw, masa kitorang pergi tu salji baru mencair. Kalau masa bulan 10 akan dapat tengok diorang lepaskan air dari empangan tu. Masa tu jugak akan nampak pelangi, cantik sangat kan. Ni gambar yang aku google.

 

1151--2c972e7d0adfb7129077fdcfda7c5dad

 

So lepas dah turun, kami jalan terus je sampai ke depan sebab lepas tu nak naik kereta cable pulak ke Kurobedaira.

 

827

 

832

 

5) Kurobedaira

So dari sini naik cable car ke Kurobedaira. Cable car dia ni ala2 macam dekat Bukit Bendera tu. Kurobedaira ni macam pit stop la sebab ada kafe untuk orang makan. Tapi dah baca dekat atas ni takde serve makanan halal, so kitorang bawak bekal siap2 dari guesthouse. Then sebab kafe tu macam untuk orang yang beli food kat situ, kitorang pun gigih la makan kat luar. Picnic dikelilingi salji kau, mampu? Hahaha sejuk gila weh. Tapi macam biasa, view memang awesome gila.

 

840

 

870

 

6) Murodo Snow Wall

Masa ni dah berkobar-kobar dah. Tak sabarnye nak main salji weeeeeee. Untuk ke sini, kitorang naik cable car. Kalau nak tengok view cantik, make sure cop tempat tepi tingkap. Berdiri je semua dalam cable car sebab tak lama mana pun dalam 7 mins macam tu. Sampai je sini terus keluar nak tengok snow wall.

 

872

 

1046

 

Whoaaaaaaa! Besar gila snow wall. And it is a snow. Apa yang aku baca, dinding ni bukan dinding buatan. Dekat atas ni terlalu sejuk sampai snow terbentuk sampai tinggi macam ni sekali. And orang dia akan guna jentolak untuk belah jalan supaya terbentuk laluan untuk kitorang lalu. Sebab tu la kiri kanan elok je nampak dinding dia. Memang amazed gila bila sampai sini.

 

888

 

898

 

Tapi panas weh matahari mencanak atas kepala. Memang turun tu rasa la legam sekejap haha stress je. Tapi berbaloi sebab memang enjoy gila kat atas ni. Dapat main snow, dapat feeling main snowboarding pun dah best gila.

 

1018

 

7) Bijoidara > Tateyama Station > Dentetsu Toyama Station

So habis la trip kami di alpine route ni. Then ambil bus untuk turun ke bawah. Masa ni semua membuta je dalam bas letih dah kot. Lagi pun lama, nak dekat sejam baru sampai.

 

1068

 

DCIM100GOPRO

 

Bila dah sampai, tukar naik cable car sekali lagi untuk turun ke bawah sampai ke Tateyama Station. Masa tu tunggu train untuk ke Dentetsu Toyama Station. Naik local train, memang train kampung je tingkap pun boleh manually bukak. Sempat la enjoy the view sebelum sampai. Memang best. By the way, Kurobe Alpine Ticket tu berakhir dekat sini ye. Bila dah sampai, officer dia akan ambil balik tiket tu. Huaa sedih, baru ingat nak buat kenangan. Gambar pun tak sempat amek.

8) Toyama Station > Tokyo

Bila dah sampai Dententsu Toyama Station ni terus keluar dari bangunan ni and jalan sikit je untuk masuk ke Toyama Station. Masa ni kitorang amek shinkansen untuk balik ke Tokyo. Dalam 3 hours journey sampai la di Tokyo and dushh memang pengsan la weh satu hari berjalan hari ni. Penat gila tapi totally worth it. Alhamdulillah, sampai jugak dekat Roof of Japan. Yay!

Japan (Day 4)

Day 4 in Tokyo! Hari ni just nak strolling around Tokyo City je. And hari ni jugak aku utilise Tokyo Metro Pass tu. Pass ni 24 hours, so penggunaan akan start dikira first time kita insert dekat gate tu. So kalau start pakai 8.30 am hari ni, boleh guna sampai 8.30 am esok.

 

img_9719

 

So first destination is Shinjuku! Sini memang besar, banyak tempat boleh explore sebenarnya.

 

P9710242

 

Boleh tengok G-shock dekat area ni, sama ada BiC Camera atau Yodobashi. Dua-dua memang harga berpatutan, and memang confirm lagi murah dari Malaysia. Macam hari tu ada tolong belikan untuk member lepas convert dapat dalam RM350 macam tu instead of RM600+ dekat Malaysia. Haaaa so sape yang minat G-shock and Baby G memang patut la beli je kat sini. Sampaikan aku yang tak minat pun terus jadi minat sebab design dia memang lawa. Tapi minat je lah, hehe takde dalam budget pun nak beli jam.

 

P9710247

 

Oh lagi satu tips kalau kita bayar pakai kad debit / kredit, ada additional discount 8%. And dekat jepun ni, tax-free akan dikira bila harga barang tu JPY5,000 ke atas.

Then lepas tu kami ke Asakusa. Dekat sini the famous landmark adalah Tokyo Skytree dan juga Sensoji Temple yang ada tanglung besar tu. Sepanjang laluan ke Sensoji Temple ni ada banyak kedai souvenir. Ramai betul orang kat sini hari ni, nak amek gambar  sorang view temple memang tak dapat ah.

 

P9710250

 

P9710257

 

660

 

Next, kami ke Roppongi Hills. Dekat sini ada giant spider and jugak boleh tengok Tokyo Tower dari sini. Singgah kejap je untuk amek gambar. Berangin betul petang tu dekat sini.

 

P9710270

 

P9710269

 

Petang tu kami ke Tokyo Camii Mosque. Masa sampai tu kebetulan ada group of visitors. Lepas tu dapat lihat sendiri orang Jepun masuk Islam. Sebak kejap bila tengok moment lepas dia mengucap dua kalimah syahadah tu. Masjid dia memang cantik, reka bentuk dalaman dia lebih kurang macam masjid dekat Istanbul. Mana tau, lepas ni ada rezeki sampai sana pulak. Hehe Ameen.

 

DCIM100GOPRO

 

P9710271

 

P9710274

 

Then malam tu kami try ramen dekat Ramen Halal Honolulu. Sebenarnya nak sangat try ramen Ayam-YA. Hari tu dekat Kyoto tutup, ni bila datang sini, local cakap Ramen Halal Honolulu lagi sedap. So takpe la try order yang ni, Spicy Chicken Ramen. Ok memang sedap, especially ayam dia. Cuma tak pedas langsung haha even lepas gigit cili tu pun macam tak pedas jugak. Mungkin kalau terasa sikit pedas dia tu memang dah perfect. Dan selepas convert, semangkuk ramen ni berharga RM40+ ok *tepuk dahi*. Told ya, Japan is expensiveeeee!

 

702

 

Last destination untuk hari ni adalah Scramble Crossing Shibuyaaaaa! Dari Malaysia lagi dah berangan nak buat video berlatarkan muzik Tokyo Drift gitu hahaha berapa kali crosss pun tak ingat dah. Tak pernah rasa seronok melintas jalan macam kat Jepun ni. Sebab zebra crossing dia is everywhere even jarak melintas tu tak sampai 10 saat pun and memang semua orang follow without fail.

 

P9710290

 

P9710293

Japan (Day 3)

Our third day in Japan. Tak sabar nak tunggu hari ni sebab nak ke Shibazakura Festival. Since sekarang ni spring in Japan, haruslah nak pergi hunting for flowers walaupun sakura blooming dah habis. Plus, dekat sini jugak boleh view Mount Fuji. Tapi depends pada weather jugak la. Sebab memang cukup susah nak tengok Mount Fuji yang perfect view.

Macam kitorang pun, masa awal pagi tu pun awan memang dah start lindung, bila tengah hari lagi banyak awan haha takpe la janji dapat tengok depan mata sendiri betapa besar dan cantiknya Mount Fuji ni.

 

420

 

So dari Tokyo kami naik train ke Kawaguchiko Station. Roughly journey dalam 2 hours macam tu. Tiga kali tukar train jugak la. Btw, JR Pass cover sampai Otsuki Station je. Then nak ke Kawaguchiko Station tu kena beli tiket lain untuk naik local train – JPY1,140.

 

431

 

Dah sampai Kawaguchiko Station, terus keluar dari station untuk pergi beli tiket ke Shibazakura Festival. Entrance fee including transportation is JPY3,000.

Dalam 40 mins perjalanan kami pun sampai. Masa tu dari jauh dah nampak pink and purple. Eee bestnya! Bila dah makin dekat, Subhanallah cantiknyaaaaaaa! If only masa ni Mount Fuji is clear, memang lagi super cantik! But nasib baik kat sini weather pun nice je, so memang cantik la nampak.

 

432

 

454

 

537

 

DCIM100GOPRO

 

464

 

And yang lagi lagi lagi buat excited is ada sakuraaaaa! I’ve been dreaming for years to see sakura kot. Haha walaupun pokok tu secoet je kat situ tak kisah la yang penting dapat jugak tengok sakura yay!

 

443

 

533 - Copy

 

After dah habis kat sini, kitorang terus gerak balik ke Tokyo and lagi sekali singgah Ameyoko Street dekat Ueno. Dekat sini memang shopping street la. Kasut Adidas, Nike, New Balance, Skechers memang belambak. And kalau kena, memang murah 200 300 dari Malaysia. Tapi aku tengok macam Adidas agak mahal kat sini even lepas convert pun.

 

599

 

258

Favourite!

 

Supposedly malam tu nak pergi Shibuya crossing, tapi macam dah letih so terus balik guesthouse and tidur!

Japan (Day 2)

Ini adalah hari terakhir kami di Kyoto. Sebab petang ni dah nak gerak ke Tokyo. So hari ni plan nak keluar awal sebab nak ke Arashiyama Bamboo Grooves. Tempat ni memang kena gerak awal, kalau tak memang penuh la orang. Nak bergambar pun tak boleh nak feeling lebih.

162.JPG

Nak ke sini, boleh turun Saga-Arashiyama Station (JR line). Walking distance dalam 10 mins, then sampai la ke tempat tu. View dia memang awesome, cantik gila.

182.JPG

Keluar je dari area ni, terus nak cari matcha green tea ice-cream yang dicanang tu. Bila dah rasa, ok uwek. Haha tekaan meleset ye, ini bukan matcha mc flurry macam McD tu. Ini nama dia ice-cream daun teh hijau. Haha payau gila weh rasa dia, berejam nak menghabiskan. Memang rasa daun piau gila.

246.JPG

Lepas tu otw berjalan ke Togetsukyo Bridge, nampak Arashiyama Station. Kat sini la ada Kimono Forest tu. Sebenarnya dia walkway yang penuh dengan tiang berlatarkan kain kimono. Memang kreatif la orang Jepun ni.

225.JPG

 

214.JPG

 

Sepanjang laluan ke Togetsukyo Bridge ni memang banyak kedai souvenir. Finally, jumpa pun payung ni. Memang dari Malaysia dah niat nak beli, walaupun mahal. Pejam mata je beli, sebab takut nanti teringat-ingat bila balik Malaysia. RM65 ok!

 

252.JPG

 

So taraa! This is Togetsukyo Bridge. Cantik kan. Kalau musim cherry blossom or autumn memang lagi cantik view dia.

239.JPG

 

227.JPG

 

Next, kami ke famous orange shrine, Fushimi Inari Shrine. Boleh turun Inari Station (JR line) untuk ke sini. Memang keluar je station terus nampak. Tapi mak aii, orang ramai gila weh. Sampaikan nak berjalan dalam shrine tu boleh jem. Cuba bayangkan betapa ramainya orang.

271.JPG

 

279

 

285

Kalau ikutkan tempat ni ada 1000 shrine. And kalau naik sampai habis, memang ke puncak. Tapi memandangkan masa tu tengah hari rembang, and panas. So takpe lah naik takat mana mampu je. Janji dah dapat snap dua tiga keping pun jadi la kan.

Then kami balik ke Kyoto Station and tunggu shinkansen untuk ke Tokyo Station. Bye Kyoto, hope to see you again!

300.jpg

 

064.JPG

 

First time naik shinkansen. Wow! Excited betul. Seat luas, toilet bersih, plus memang laju. Kyoto-Tokyo yang jaraknya almost 510 km and it took only 2 hours plus for us to arrive. Super wow

 

1133.JPG

 

Dari dalam shinkansen jugak kami lalu arah yang boleh nampak Mount Fuji. Sanggup ni tak tido semata-mata tak nak lepaskan view. Alhamdulillah, dapat tengok dengan mata sendiri. Memang indah ciptaan Allah.

 

392.JPG

 

Tepat jam 5.10 pm kami pun sampai di Tokyo Station. Then terus amek JR Yamanote line ke Ikebukuro Station.

 

408.JPG

Malam tu kami keluar ke Ueno, Ameyoko Street. Tapi banyak kedai dah tutup sebab kitorang sampai pun dah 9 pm lebih. So malam tu balik and rest sebab esok nak ke Fuji area!